Akbar arus perdana berbahasa Inggeris The Star, mendedahkan bahawa tarikh video yang didakwa rakaman seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur cina dirakamkan pada
21 Febuari 2011, dengan time stamp tertera antara pukul
10:23 PM dan 10:45 PM [
TheStar].
Nampaknya ini merupakan signal bahawa
kes liwat terhadap Anwar Ibrahim untuk menjatuhkannya sudah menemui jalan buntu, maka pagi ini pihak media dijemput pula menyaksikan video rakaman cctv kononnya
Anwar Ibrahim terlibat dalam skandal dengan perempuan cina pulak.
Malah orang yang menganjurkan tayangan yang hanya dikenali dengan nama "Datuk T" tersebut
meminta Anwar Ibrahim dan isteri agar meletak jawatan dalam masa seminggu jika tidak video tersebut akan diedarkan dan disebarkan kepada umum.